MR MARTIN CROSS ialah Pengurus Projek penerbit Didier Miller, terbitan besar mereka yang berpusat di Kuala Lumpur dan Singpura yang menerbitkan The Encyclopedia of Malaysia. Saya terlibat dalam menyediakan dua bab: 1) Textile and Embroidery dalam Crafts and the Visual Art; 2) Islamic Dress dalam Religions and Belief.Yang ingin saya catat di sini ialah cara Martin 'mengejar saya' melalui emel. Satu ayat, satu perkataan salah eja, harus dibetul cepat. Emelnya tiba dari London dari Paris...hanya untuk bertanya ejaan. 'baju kurung? baju kurong?' Begitu juga pemilihan gambar ilustrasi selalu dirujuk kepada penulis. Hasilnya memang memuaskan. Hati lapang, kerana ejaan dan gambar selalu dapat ditangkap dengan cepat oleh editor juga penyusun rekabentuk buku.
Bila tiba pelancaran oleh PM Mahathir, kami semua dijemput hadhir. Editor sudah menyenarai nama penulis , tempat duduk..wah dengan gembira kami pun datang hendak masuk ke ruang ..tapi penyambut tamu melarang kami duduk di tempat yang disediakan. " Itu untuk tamu khas " .Kamipun berdiri ternganga termasuk Allahyarham Datuk Syed Ahmad Jamal, Allahyarham Datuk Kassim Ali...rupanya kerana buku itu dalam bahasa Inggeris, tidak terbayangkan penulisnya BANGSA MELAYU ...kerana penyambut tamu itu bukan dari kakitangan Didier Miller - mereka tidak pula menyemak kad undangan yang kami bawa...kamipun berdirilah setengah kecewa. Bila PM datang melihat kerusi sebaris kosong, nampak pula Datuk Syed Ahmad Jamal berdiri, beliau sendiri melambai, minta kami maju ke kerusi yang kosong. Penyambut tetamu si perempuan Melayu ternganga , tersengih malu, minta kami ke depan. Tapi Datuk Kasim menarik tangan saya sambil mengomel, " Kita protes, ayuh cepat keluar " . Saya terherat keluar....tidak melihat lagi acara meriah itu.....
BBB
10 September 2011
No comments:
Post a Comment