TAHUN 1980han setiap Universiti di tanah air akan memilih setiap hasil seni budaya Melayu sebagai anak angkat ilmu kampus masing-masing. Hasil sepakatan antara universiti maka Seni Gamelan menjadi bahan penyedilikan UKM; Gambus dan Zapin, Unversiti Malaya dan Makyong, kajian Universiti Sains Malaysia.
Maka pada tahun 1983, UKM pun memulakan penyelidikan dalam semua aspek kesenian gamelan. Antara pengkaji yang terlibat ;
Dr Harun Mat Piah - Sejarah Gamelan (ketua projek)
Inon Shaharudin - Aspek sastera rakyat
Shafie abu Bakar - Proses membuat set gamelan Trengganu
Siti Zainon Ismail - Gerak tari dan busana.
Wan Yahya - Latihan gerak tarian
Bob Khalil - Notasi muzik
Hasil penyelidikan itu pun dilakukan untuk menjadi data kertas kerja sempena Simposium Gamelan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan dan Kesenian (1986)
Beberapa tahun kemudian kamipun menyusun kajian ini dan menerbitkan buku Lambang Sari Tari Gamelan Trengganu.
Kepada yang terlibat menyumbang idea, sokongan data terutama Pak Mat , Mak Nang, dan ahli Kesenian Setiausaha Kerajaan Negeri juga penaja percitakan KSU Trengganu kami merakam ucapan terima kasih....
.
BBB
10 September 2011
saya sgt berminat dgn seni adat tarian tradisional melayu...saya sekarang ini sedang menuntut di UPSI...di sane saya belajar tentang ape itu budaya...ape itu estetika...dari seorang yg tidak mengenal budaya seperti itu...kini alhamdulilah sedikit sebanyak saya mengenali adat resam budaya melayu...insyallah saya akan mengikuti blog puan selepas ini...as salam...
ReplyDeleteSemoga OhMoy, dapat melanjutkan kajian yang oenuh rahsia Melayu ini. Maju ke depan dengan menjaga warisan.
ReplyDelete