Gondola di Terusan Venezia 2000 Mana dulu lakaran tinta atau tulisan di buku nota? Kau bertanya. Jawabku : kedua-dua serentak kulakukan. Sejenak melakar, sejenak mencatat... |
Tugas penulis pun bermula. Di atas meja ada pena, ada komputer
maka di tangan editor Siti Melorinda kerja membaca, membaiki ejaan, membetul ayat ku yang tergantung. Selesai mula mencari ahli lay out dan pencetak....keluar modal sendiri. Jualpun sendiri...
sudah ada koleksi buku cerpen dan puisi berlatar kota Roma, Venezia??? Lengkap dengan lakaran/sketsa. Sesuai untuk pelukis, pelajar seni bina, muzik di samping falsafah sastera budaya dunia.
Kandungan
Tiga cerpen (saling berkaitan )
1. Potret Azalea
2. Bulan Madu diPiazza d' Spagna
3. Konserto musim bunga
Sinopsis cerpen - dengan latar Venizia dan Roma.
Cerpen pertama memang ditulis tanpa pengalaman ke tempat latar.
Saya juga menampilkan latar tanah air dengan dua watak utama Azalea dan Nik. Mereka bersahabat dan mula terjalin kasih sayang. Tetapi Nik jurusan seni lukis, ditolak oleh ayah Azalea - pelukis tidak ada masa depan. Mereka berpisah. Nik mengirim berita dari Roma, Napoli...Azalea tetpa setia, bercita untuk menyambung pelajaran ke roma.
Cerpen kedua " Bulan Madu Piaza d' Spagna' - Azalea berhasil menyambung kuliah Master of Architecture di Venezia. Di sini kembali bertemu dengan Nik yang sudah berkasih dengan Veera. Tetapi Veera maklum kerana cinta Nik masih setia dengan cinta Azeala...
Petikan cinta berbunga kembali antara dua watak in:
'... Dia tersentak menyedari dirinya gadis Melayu, tetap Melayu walau di mana dia berada. Dengan santun mengucapkan terima kasih atas hidangan yang disediakan Nik - sup kacang pis, ikan panggang salmon, salad buah-buahan campuran zaitun-bijiran jagung, hirisan timun Eropa, tomato cerio, nasi kukus basmati dan manisannya , Nik menyediakan lempeng gulung jem strawberi dan seteko teh limau.
" Selamat makan sayang..." Ungkapan Nik itu memang tanpa diduga. Tetapi bukankah itu ungkapan biasa orang Eropah dan Nik memang sudah memasuki budaya negara itu. Dan tanpa sengaja juga Azalea terlontar ungkapan yang sama.
" Terima kasih sayang, makanan dan hidanganmu cantik sekali".
" Lea , sudah lama aku menunggu detik ini, kenapa lambat kau datang ? "
" Dan kau sendiri tidak pulang"
" Aku menunggu mu di sini "
" Aku juga menanti kepulanganmu "
" Oh takdir, dan kita boleh bersama di sini bukan? "
" Bersama?"
" Ya sepanjang kau menyelesaikan kuliahmu? Minggu depan
kau cuti musim panas bukan? Masih ingat Piazza d'Spagna yang
selalu kuceritakan dulu? "
" Piazza d' Spagna "
" Ya tempat seluruh seniman berbulan madu?"
" Niiiikk!"
" Sayang jangan malukan aku lagi seperti dulu. Aku Nik,
bukan Amron"
" Veera?"
" Dia tahu hatiku, cintaku, Azalea, bertahun kau selalu di hatiku!"
Inikah negara impian dan Tuhan telah memakbulkan pertemuan mereka kembali? Didengarnya juga bisikan Nik,
" Kita , kini sedang menikmati apa yang kita impikan"
" Minum sayang, kopi espresso kek coklat?
" Aku mahu kopi kampung saja sayang"
" Ah , Nik!"
" Aiskrim ? "
" Ya, the ball saja !"
(hal 31-33_)
Nota: Di mana kau Nik? bertahun hilang??? Kerap juga aku mengintai Tanjung Periuk, kapal berlabuh, laut dan langit biru berganti kelabu....!
Terbitan Galeri Melora @ RM 12.00
emel > galerimelora@yahoo.com
fb > Galeri Melora Pendidikan
22 Sept 2011- 29 Sept 2011
No comments:
Post a Comment